Kadazan.
Pakaian istiadat masyarakat
Kadazan dari Penampang. Lelaki akan memakai baju gaung, seluar souva, bengkung
toogot dan pakaian kepala yang disebut siga. Perempuan akan memakai baju pendek
sinuangga, kain labuh tetapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang
himpogot.
Baju tradisional
suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju fabrik baldu hitam berhias renda kuning
keemasan. Lelaki memakai pakaian kepala sigal dari kain destar dan wanita
memakai siung dari anyaman buluh halus bermotifkan geometrik etnik Sabah.
Perhiasan diri gelang tangan dan tali pinggang syiling perak.
Pakaian masyarakat Kadazan Sabah.
Murut.
Pakaian Adat suku kaum Murut.
Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis
dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga
dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas
berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga
dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai. Orang
Murut adalah sebuah kumpulan etnik pribumi yang mendiami wilayah utara
pedalaman Kalimantan. Sebahagian besar masyarakat Murut adalah di pedalaman
barat daya Sabah, Malaysia timur, khususnya daerah Keningau, Tenom dan Nabawan
Pensiangan, sepanjang Sapulut dan Sungai Padas.
Pakaian tradisional kaum Murut.
Seterusnya,saya akan bercerita pula tentang masyarakat di Sarawak. Disarawak juga terdapat pelbagai kaum yang unik dan menarik pada pakaian tradisionalnya dan banyak lagi.
Orang Iban.
Orang Iban merupakan kaum yang paling utama di Sarawak. Pakaian Iban
dipilih untuk dipakai bagi Ratu Pesta Menuai Sarawak. Bagi pakaian istiadat
suku kaum Iban, lelaki akan memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang
lampit dan manik-manik atau jaket tenunan motif Iban dan sirat atau cawat dari
kain tenun kasar dan puncanya dihiasi tenunan bercorak. Mereka juga mengenakan
ikat kepala dari kain tenun dan tali pinggang perak. Kepala memakai setapok
tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng
serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgit
gobeng, gelang kelunchong dan sugu tinggi. Wanita juga memakai skirt atau
bidang tenun Pua. Bahagian atas memakai baju kecil atau kemban dan dilindungi
dengan marek empang dari manik. Hiasan diri sarat barangan perak seperti tali
pinggang, rawai dan sudu tinggi
Pakaian tradisional Orang Iban.
Bidayuh.
Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang. Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak.
Pakaian tradisional Orang Bidayuh.
Haa... bagaimana kawan-kawan. dah jelas mengenai pakaian tradisional masyarakat Sabah dan Sarawak? Setakat ini sahajalah coretan saya untuk kali ini. Semoga kita bertemu lagi pada penulisan akan datang.