Samfoo membawa maksud ‘baju dan
seluar’ dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan
cina selain dari ‘cheongsam’. Samfoo ini digemari oleh wanita-wanita separuh
umur dan yang bekerja di lading, lombong atau rumah. Samfoo ini diperbuat
daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfoo turut
dipakai oleh lelaki berketurunan cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan
samfoo wanita cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah
di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti
seluar baju melayu. Samfoo ini biasanya diperbuat daripada kain sutera. Namun
begitu, pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan
cina di Malaysia.
No comments:
Post a Comment