Thursday 26 November 2015

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU BAJU KURUNG

Pakaian orang Melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang dahulukala melalui proses ubah ansur. Proses ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban awal masyarakat ditempat itu sendiri, malahan yang lebih penting akibat daripada pengaruh daripada pedangan China ,India, Arab, dan Eropah. Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah dan digabungkan menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta indah dan unik. Pakaian wanita yang masih popular hingga kini antaranya ialah baju kurung.

Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang labuh, kadangkala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Ianya meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja. Ia juga dilihat sebagai mematuhi peraturan berpakaian Islam. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Kebiasaannya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala.




Cara ini menepati konsep pakaian cara melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘baju kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri yang tersendiri. Baju kurung juga sesuai untuk dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan rasmi. Baju kurung juga terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya ialah kurung Riau, kurung Pahang, kurung Teluk Belanga dan kurung moden.

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT CINA BAJU SAMFOO


            Samfoo membawa maksud ‘baju dan seluar’ dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan cina selain dari ‘cheongsam’. Samfoo ini digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di lading, lombong atau rumah. Samfoo ini diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo wanita cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju melayu. Samfoo ini biasanya diperbuat daripada kain sutera. Namun begitu, pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan cina di Malaysia.



Monday 23 November 2015

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT CINA CHEONGSAM.

Assalamualaikum Warahmatullahhi wabarakatu. Salam ilmu keikhlasan kecermerlangan,Salam Satu Malaysia dan Hai sahabat-sahabat saya. Sebelum jari jemari saya menari-nari diatas papan kekunci ini mesti anda sudah tahu serba sedikit tentang pakaian tradisional masyarakat Cina seperti cheongsam betul?

 Baiklah,seperti yang kita tahu cheongsam merupakan pakaian tradisional masyarakat Cina perempuan. Cheongsam akan digayakan pada hari tahun baru Cina dengan warna yang cantik dan menarik iaitu merah. Meterial kain untuk membuat chongsam ialah sutera,satin dan jenis-jenis kain lembut. Cheongsam sangat cantik dan anggun jika dia digayakan oleh si pemilik tubuh yang langsing dan tinggi. Saya sertakan gambar untuk tatapan para sahabat sebagai contoh.


     
                                  Cheongsam yang dipakai ketika tahun baru Cina.

Cheongsam ialah baju yang panjang selesa dan anggun. Selain di pakai ketika tahun baru Cina ia juga dipakai ketika majlis perkahwinan. Cheongsam juga merupakan pakaian kebanggaan  masyarakat Cina sejak turun temurun.
                              
Cheongsam menyerikan kecantikan si pemakai dan membuat setiap mata yang memandang terpesona dengan kecantikannya. Kolar yang tinggi menampakkan si pemakai lebih manis dan tinggi manakala potongan lengan membuatkan kesan bahu yang lebar. Butang di sisi kanan merupakan keistimewaan yang tersendiri. Belahan pada kedua-dua sisi membuatkan si pemakai nampak lebih anggun dan bergaya. Rupanya inilah rahsia wanita Cina tampil lebih cantik. Wahhh..


  
                            Cheongsam yang digayakan pada  Tahun Baru Cina.

Untuk pengetahuan anda cheongsam berwarna merah kerana menunjukkan tuah,pada zaman yang serba moden ini mereka variasikan rekaan dan warna supaya bersifat kontemperari.  Sekian sahaja penulisan saya pada kali ini semoga kita bertemu lagi dalam penulisan akan datang..


Friday 20 November 2015

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU BAJU MELAYU


Assalamualaikum w.b.t,diruangan ini saya akan bercerita berkenaan baju Melayu. Baju Melayu merupakan salah satu pakaian yang popular dikalangan masyarakat Malaysia. Ia sudah sinonim dengan masyarakat Melayu terutama ketika hari raya. Ia merupakan satu panggilan bagi baju tradisional yang biasa dipakai oleh golongan lelaki di Malaysia dan negara serantau.   

Bergaya dan menarik  Aaron Aziz dengan Baju Melayu

Baju Melayu biasanya dipakai terutama sekali untuk pergi bersembahyang,majlis formal, dan sebagai pakaian adat. Baju Melayu mempunyai dua jenis garisan leher iaitu potongan teluk belanga dan potongan cekak musang. 


Baju Melayu Teluk Belanga

Baju Melayu Teluk Belanga


Baju Melayu Teluk Belanga atau Baju Kurung Johor mula diperkenalkan semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar tatkala Almarhum bersemanyam di Teluk Belanga Singapura dan berpindah ke Tanjung Puteri pada tahun 1866 (kini dikenali Johor Bahru). Almarhum menetapkan supaya baju lelaki labuhnya sehingga kebawah punggung dengan leher yang berlapik lebar dan berkocek dua. Potongan Teluk Belanga pada bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Baju Melayu potongan Teluk Belangga cukup popular di kawasan selatan Malaysia. 


Kelihatan segak model mengayakan baju teluk belanga
Baju Melayu Teluk Belanga ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia sesuai untuk dipakai oleh segenap lapisan masyarakat. Baju Melayu ini bertambah unik terutama pada bahagian leher. Di bawah ini terdapat contoh leher baju teluk belanga.


Contoh Leher Baju Melayu Teluk Belanga

Selain bahagian leher, keunikan baju teluk  belanga asli Johor juga dapat dilihat menerusi jahitan di bahagian tepi yang dikenali dengan potongan pesak gantung. Nilai seni baju ini menjadi semakin tinggi apabila ia dijahit sepenuhnya menggunakan jahitan tangan dan bahagian leher teluk belanga yang masih mengekalkan jahitan tulang belut memberi keistimewaan terhadapnya lagi.  Baju teluk belanga kini mempunyai pelbagai pilihan, sama ada warna dan corak berlainan, tambah menarik jika ia dipadan bersama samping jenis tenunan atau benang, songkok tinggi dan capal untuk melengkapkan gaya. Selain itu, pelbagai warna dan corak menjadikan teluk belanga kini mengalami revolusi tersendiri apabila dijahit daripada beberapa jenis pilihan fabrik termasuk kain kapas, linen dan sutera untuk keselesaan sepanjang hari.



Baju Melayu Cekak Musang


Baju Melayu cekak musang
Istilah baju melayu cekak musang ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju tengkuk 'cekak' tinggi atau leher tegak. Baju ini merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Pengertian 'cekak musang' merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Terdapat beberapa rekaan butang di leher baju iaitu seperti butang tiga, butang empat mahupun butang lima.


Kelihatan segak model mengayakan baju melayu cekak musang

Baju Melayu Cekak Musang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia sesuai untuk dipakai oleh segenap lapisan masyarakat dengan gaya tersendiri. Baju Melayu ini bertambah unik terutama pada bahagian leher. Di bawah ini terdapat contoh leher Baju Melayu Cekak Musang;


Contoh Leher Baju Cekak Musang
Baju Melayu Cekak Musang kebiasaanya mempunyai 5 butir butang atau kancing. Ada pendapat mengatakan ini di ambil sebagai lambang keharmonian rumah tangga, 2 butir butang di bahagian atas melambangkan ibu dan bapa dan 3 butir butang di bawahnya pula melambangkan anak-anak mereka. Potongan Cekak Musang terkenal di kawasan tengah utara Malaysia.





Wednesday 18 November 2015

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA (SARI)

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. 

Sebelum memakai sari, si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sari dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri.Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.





Sari dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan.


Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuh-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan.


Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Walau apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.


PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA ( DHOTI )

Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih . Kebanyakkan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut .



Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkutkan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

Saturday 14 November 2015

PENGENALAN TENTANG AHLI KUMPULAN

Hai, Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. 

    Baiklah, tujuan kami menubuhkan blog ini adalah untuk menunjukkan ataupun menjadi sumber inspirasi anda diluar sana tentang jenis-jenis pakaian tradisi yang ada di Malaysia. Malaysia kita kaya dengan pelbagai kaum bukan? Seperti kaum Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Sabah dan Sarawak.


video pakaian tradisional di Malaysia
                              
      Blog ini turut ditubuhkan oleh ahli  seramai 7 orang  iaitu Alif, Zana, Jazz, Anis, Syafikah, Laila dan Najah. Namun adakah anda mengetahui pakaian manakah yang sesuai di pakai oleh orang lelaki mahupun perempuan mengikut bangsa masing-masing?


     Okay dekat sini lah kami akan menunjukkan dan menerangkan serba sedikit tentang pakaian ini dan mungkin menjadi panduan anda diluar sana untuk mencuba pakaian 
tradisional masyarakat yang ada di Malaysia. Ikuti setiap maklumat tentang pakaian tradasional yang akan diterangkan oleh ahli kumpulan kami di blog ini . Terima kasih.